Saturday, June 19, 2010

CROCS kalimah Allah???

Pandai nye yahudi.. cuba menjatuhkan agama ISLAM dengan cara yg sebegini...Kalimah ALLAH yang tersembunyi disebalik Kasut Crocs!

Design yang menarik, keselesaan, ringan, serbaguna, warna yang pelbagai menjadikan Crocs menjadi pilihan ramai. Baik mereka itu bayi kecil yang baru bertatih berjalan, kanak-kanak yang sedang aktif dalam dunia upin ipinnya, remaja belasan tahun, para pria, bahkan golongan veteran sekalipun mengenakan Crocs. Namun tidak disedari musibah yang menanti Ummat Islam di sebalik kasut ini.

Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular kini mendatangkan musibah kepada Ummat Islam? Bukan setahun 2 crocs ini bertapak di bumi Malaysia . Lebih dari itu kurasakan. Namun baru kini disedari terdapat kalimah ALLAH, lebih tepat lagi di bahagian kita meng-alaskan tapak kaki kita.

Untuk memudahkan imaginasi anda, mari aku perkenalkan dengan logo Crocs. Anda semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi dari Crocodile/ Buaya. Disebabkan itulah, syarikat ini menjadikan gambar buaya sebagai ' model ' mereka. Maskot ini dihias sebaik mungkin agar kelihatan comel. Jika anak-anak kecil melihat, sudah pasti menyukainya. Inilah doktrin minda bawah sedar kepada anak-anak. Persoalannya, kenapa dikatakan terdapat kalimah Allah disebalik logo Crocs ini?

Sila lihat gambar di atas :

Bagaimana? Ada sesuatu yang mencurigakan? Sudah pasti ada yang berkata :"Ah..ada-ada saja kamu. Tidak ada yang pelik kurasakan. Hanya logo buaya yang comel. Tidak lebih dari itu."

Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola. Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin, akan tertera perkataan bahasa Arab : La Mecca, La Muhammad. Apa maksudnya? Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW. Baiklah, lihat gambar di bawah. Logo Crocs yang aku lampirkan di atas diterbalikkan beberapa darjah :

Sudah bisa melihat sesuatu? Ya, kali ini kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan? Siap ada sabdu lagi. Lebih jelas lagi, aku lampirkan gambar di bawah, ihsan dari sahabat facebook :



Aduh, seperti terkena renjatan elektrik. Adakah semua ini satu kebetulan? Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu? Hanya maskot buaya yang comel, tanpa ada agenda disebaliknya? Bagaimana pendapat anda?


Nota :


"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120



1 comment:

ain said...

CROCK TAK ORI KOT..HAHHA KALO CROCK ORI,,LOGO DIA TAK MACAM TU PUN..HUHU...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...